Ali Rustam, isteri berniaga di Autocity
MELAKA 15 Ogos - Suasana di pasar jualan 'Car Boot Sale' Autocity Ayer Keroh yang sebelum ini agak hambar tiba-tiba bertukar meriah hari ini.
Semuanya gara-gara kehadiran sepasang suami isteri yang menjual pelbagai jenis baju dan topi cenderamata baru pada harga serendah RM3 dan RM5 setiap satu.
Sebaik sahaja dibuka, but belakang kenderaan jenis Toyota Harrier pasangan itu diserbu pengunjung dan kesemua barangan habis dijual dalam tempoh kurang 15 minit.
Hasilnya, suami isteri itu memperoleh hasil jualan sebanyak RM266 dan wang itu akan disumbangkan kepada Badan Amal Isteri Wakil Rakyat Melaka (Bistari).
Pasangan suami isteri itu tidak lain tidak bukan ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bersama isterinya, Datin Seri Asmah Abdul Rahman.
Kedua-duanya menyertai kira-kira 20 peniaga lain berniaga di 'Car Boot Sale' Autocity Ayer Keroh.
Menurut Mohd. Ali, idea berniaga di pasar tersebut tercetus beberapa hari lalu bagi menggalakkan rakyat di negeri ini supaya berniaga bagi menambah pendapatan sepanjang Ramadan khususnya untuk menghadapi Aidilfitri tidak lama lagi.
"Kita telah sediakan tapak yang besar dan selesa untuk rakyat di Autocity, jadi saya fikir sempena bulan puasa ini, elok kita berniaga bagi mencari duit raya.
"Sebelum ini pun banyak orang jumpa saya kata nak berniaga tetapi tiada tapak dan sewa mahal. Jadi di sini, sesiapa pun boleh berniaga dengan sewa tapak RM1 sekali masuk," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembukaan 'Car Boot Sale' Autocity Ayer Keroh di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wira Omar Kaseh dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Kamarudin Md. Shah.
Sebaik sahaja merasmikan pelancaran itu, Mohd. Ali sambil ditemani isteri menuju ke kenderaan mereka untuk menjual pelbagai jenis cenderamata termasuk baju yang diberikan kepadanya pada harga serendah RM5.
Orang ramai yang menunggu sejak pukul 8.30 pagi kemudian menyerbu baju yang antaranya disulam dengan nama Ali Rustam.
Mohd. Ali menambah, kesemua baju itu adalah pakaian baru yang diberikan yang masih banyak dalam simpanan di kediamannya.
"Seingat saya, ada kira-kira 1,000 helai lagi baju baru di rumah jadi saya akan datang lagi minggu depan untuk menjualnya di sini.
"Minggu depan, saya bercadang menjual baju korporat dan baju batik baru dan lama yang berharga ratusan ringgit sehelai pada harga RM50 hingga RM100. Hasil jualan itu juga akan disumbangkan kepada Bistari," katanya.
Sumber dari Utusan.
Wednesday, August 18, 2010
Car Boot Sale.
Perkara : Car Boot Sale
Hari : Setiap hari Ahad
Masa : 0900hr hingga 1300hr
Mulai : 4hb Julai 2010
Tempat : Tapak Car Show room, Autocity, Mukim Durian Tunggal, Melaka.
Tuesday, August 17, 2010
Pengenalan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tidak lama lagi Negeri Melaka akan menjadi sebuah Negeri Maju didalam Negara Malaysia ini. Oleh itu semakin hari semakin banyak aktiviti aktiviti yang berlaku di sekitar Bandaraya Bersejarah ini.
Jadi kami ingin memberitahu kepada pembaca blog ini tentang segala aktiviti yang akan berlangsung di sekitar Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Dan juga tempat tempat menarik yang boleh di kunjungi.
Ok jumpa lagi.
Tidak lama lagi Negeri Melaka akan menjadi sebuah Negeri Maju didalam Negara Malaysia ini. Oleh itu semakin hari semakin banyak aktiviti aktiviti yang berlaku di sekitar Bandaraya Bersejarah ini.
Jadi kami ingin memberitahu kepada pembaca blog ini tentang segala aktiviti yang akan berlangsung di sekitar Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Dan juga tempat tempat menarik yang boleh di kunjungi.
Ok jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)